77 ~ Surah Al Mursalat - Mishary Bin Rashid Al Afasy

Surah An-Naba By Sheikh Mishary Al-Afasy



assalammualaikum.... selamat menghafaz juzuk Amma... sama-sama kita memanfaatkan masa cuti sekolah kita.... mudah-mudahan kita mendapat keberkatan-Nya....

TIP-TIP MENJADI PELAJAR CEMERLANG

Terdapat pelbagai cara untuk menjadi pelajar cemerlang.Antaranya ialah:

1)Tumpukan sepenuh perhatian semasa guru sedang mengajar di dalam kelas.Dengan cara ini, tidaklah kita ketinggalan dalam pelajaran.

2)Sentiasa mengulangkaji pelajaran di rumah.Sebaik-baiknya mengulangkaji secara berkumpulan agar dapat bertukar-tukar maklumat sesama rakan.

3)Amalkan pemakanan yang mencerdaskan otak seperti:-kismis,madu,kekacang dan kurma setiap hari sebelum ke sekolah atau sebelum belajar.Elakkan daripada memakan makanan ringan.

4)Menghormati ibu bapa dan guru.Di sinilah datangnya keberkatan atas usaha kita menimba ilmu.

5)Tidak meninggalkan solat fardhu serta sunat.Jangan lupa membaca Al-Quran.

MUZAKARAH BERSAMA CALON UPSR 2010















Pada hari sabtu lepas,pada tarikh 6 Februari 2010 sekolah saya telah mengadakan motivasi tahun enam bertempat di dewan sekolah. Majlis itu bemula pada pukul 7.40 pagi. Ia diadakan bagi menaikkan semangat murid-murid untuk menjalani peperiksaan UPSR. Di sepanjang majlis itu,ada bahagian yang menyentuh hati ibu bapa dan murid-murid sehingga menitiskan air mata. Saya juga turut menangis hinggakan lengan baju basah. Kemudian semua murid-murid memeluk ibu bapa mereka sambil meminta maaf. Ada juga beberapa murid yang ibu bapanya tidak hadir. Yang saya tahu mereka adalah murid kelas hujung dan nakal. Mereka sangat sedih. Ayah saya pun memeluk mereka. Pada majlis penutup pula,ada sesi penyerahan anak angkat. Saya dan seorang kawan bernama Glenda menjadi anak angkat Guru Besar sekolah,Puan Hajah Noraisah bt Andin.Kawan baik saya,Anisah menjadi anak angkat guru mata pelajaran pendidikan islam,Puan Muliati bt. Idris. Hafizarith menjadi anak angkat guru mata pelajaran bahasa inggeris,Puan Syalieza Husra.Yang lainnya saya lupa. Tapi saya harap agar dangan cara ini dapat membantu murid untuk meningkatkan prestasi UPSR. Sekian terima kasih.

cuti-cuti malaysia di port dickson



pada waktu cuti sekolah yang lalu,saya sekeluarga telah bercuti di melaka dan port dickson selama tiga hari.kami sekeluarga berasa amat seronok kerana dapat meluangkan masa cuti bersama-sama. semasa di melaka, kami ada melawat a famosa, st. paul, taming sari dan banyak lagi.... malamnya kami makan seafood. ibu kami bercadang untuk mermalam di melaka, tetapi tak jumpa hotel yang sesuai lalu ayah terus pandu kereta ke port dickson. kami menginap di sri intan port dickson... kami sampai di sana pada jam 10.30 malam....

di port dickson kami lakukan mandi di kolam renang,berjalan-jalan di pantai,membeli-belah dan sebagainya.saya dan ibu saya telah membeli baju t-shirt,'keychain'dan makanan ringan. makan ais krim juga....

selama 3 hari di sini, kami sekeluarga juga dapat melawat Muzium Angkatan Tentera Darat. Di sana kami dapat mengetahui sejarah angkatan tentera,senjata yang digunakan dan pakaian yang digunakan oleh askar zaman kesultanan melayu melaka, portugis, belanda dan british...wow!! memang menarik muzium ini, banyak info yang berguna untuk kita.. kalau ada masa lagi, saya nak bercuti ke perak pulak... nak pegi zoo taiping dan bukit merah.... bye!!!

PROGRAM CUTI SEKOLAH HAYATI & BROS


asalammualaikum... kawan-kawan... nama saya nurul hayati. saya dan adik-adik saya muhammad zaki dan muhammad azri telah mengisi masa cuti kami dengan program Tahfiz di Masjid Al-Istiqamah, Taman Johor Jaya. Best tau! sepanjang 4 minggu ini kami dikehendaki untuk menghafaz 4 surah iaitu al-Mulk, al-Dukhan, as-Sajadah dan Yassin....alhamdulillah dua minggu ini kami telah dapat menghafaz surah yassin dan al-Mulk. kawan-kawan doakanlah kami ye!!! wassalam

mengisi masa lapang semasa cuti sekolah

SELAMAT BERCUTI.
29.05.2009 - 13.06.2009
30.05.2009 - 14.06.2009

Kepada semua pelajar, semua guru dan semua ibu bapa diucapkan selamat bercuti serta diucapkan kepada semua warga Malaysia selamat merasai dan menghayati suasana musim cuti sekolah. Cuti sekolah bagi setengah negeri akan bermula pada hari Jumaat ( 29.05.2009 ) seperti negeri Kedah dan negeri-negeri yang sama denganya dan negeri yang lain pula seperti Selangor dan yang sama denganya akan bermula pada hari Sabtu ( 30.05.2009) akan datang ini.

Kepada para pelajar dan ibu bapa penuhilah masa cuti dengan aktiviti yang berkualiti dan sentiasa prihatin terhadap keselamatan ank-anak. Kejadian kemalangan sering berlaku dan meningkat di dalam musim cuti kerana pada ketika ini aktiviti para pelajar berlaku secara tidak terancang dan tanpa kawalan.

Walaupun terdapat ibu bapa menghantar anak-anak mengikuti kursus motivasi dan menghadiri kelas tambahan khas tetapi jumlahnya tidak ramai berbanding dengan mereka yang menghabiskan masa cuti secara tidak berkualiti.
Malang tidak berbau oleh itu sama-samalah kita menguruskan masa cuti anak-anak dengan baik dan berkualiti, sambil berdoa kepada Allah supaya dijauhi kemalangan dan mengekalkan keamanan dan kesejahteraan.

Bercakap pasal cuti ini, saya teringat masa yang telah lalu di mana ketika cuti biasanya saya menghantar anak-anak menghadiri kelas tambahan atau kursus motivasi. Pada ketika itu Datuk Dr. Hassan bin Moh.Ali sering menganjurkan Kem Motivasi , kalau di sebelah utara biasanya diadakan di Universiti Utara Malaysia. Semua anak-anak saya dihantar mengikuti kursus tersebut dengan dikenakan bayaran yang berpatutan, kursus seperti ini sangat berkesan kepada para pelajar tetapi selepas kursus ibu bapa hendaklah membuat tindakan susulan bagi memastikan kesan tersebut dihayati berterusan dan tidak putus kesinambungannya.

Sekarang terdapat banyak penganjur kursus seperti ini terpulang kepada ibu bapa hendak memilih yang mana satu yang berkenan di hati, Berilah peluang kepada ank-anak menambahkan bilangan kawan mereka secara sihat dan berkualiti, mereka boleh terus bermain di dalam program kursus yang memberi manfaat kepada mereka. Sekiranya kita membiarkan mereka menghabiskan masa secara bersendirian di sana mungkin terdapat lebih banyak kelemahan dan kesilapan yang akhirnya akan membawa akibat buruk kepada diri mereka dan keluarga. Ibu bapa yang tidak mampu masih berpeluang memanfaatkan cuti itu dengan menganjurkan aktiviti yang lain, asalkan kita tidak membiarkan aktiviti anak-anak berjalan tanpa kawalan dan perancangan.
____________________________

Laman Renungan:

Nabi Muhammad.s.a.w. telah mengingatkan para suami dengan sabdanya yang bermaksud:
"Takutlah kepada Allah dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanah yang berada di sampingmu; barangsiapa tidak memerintahkan sembahyang kepada isterinya dan tidak mengajarkan agama kepadanya, maka ia telah berkhianat kepada Allah dan Rasul-Nya."

_________________




Firman Allah s.w.t. bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu pelihara dirimu dan keluargamu dari api neraka, yang mana bahan pembakarnya adalah terdiri dari manusia-manusia yang sombong dan engkar kepada Allah iaitu mereka yang kufur, munafik, musyrikin dan juga daripada batu-batu berhala"